KUALA LUMPUR,. Gelaran beregu lelaki Terbuka Perancis 2026 sah menjadi milik Malaysia selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin M
KUALA LUMPUR,. Gelaran beregu lelaki Terbuka Perancis 2026 sah menjadi milik Malaysia selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melengkapkan pertembungan sesama negara di pentas final di Arena Grand Paris, semalam.
Wei Chong-Kai Wun terlebih dahulu menempah tiket ke pentas final selepas menewaskan pasangan Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-15 dalam tempoh 31 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin pula melangkah ke final kejohanan Super 750 itu dengan mengetepikan cabaran satu lagi wakil Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-9, juga dalam tempoh 31 minit.
Ini merupakan penampilan kedua Wei Chong dan Kai Wun di pentas akhir musim ini selepas masing-masing-masing beraksi bersama gandingan berbeza pada final Masters Korea, Ogos lepas.
Pada kejohanan itu, Kai Wun yang bergandingan dengan Yap Roy King muncul juara selepas menewaskan Wei Chong yang berpasangan dengan Soh Wooi Yik.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang menjuarai Masters Indonesia pada Januari dan Terbuka Indonesia pada Jun lepas, kini menghuni ranking kelima dunia, manakala Wei Chong-Kai Wun berada di kedudukan ke-11.
Berdasarkan rekod pertemuan, Sze Fei-Nur Izzuddin memiliki kelebihan selepas memenangi dua daripada tiga pertemuan terdahulu menentang Wei Chong-Kai Wun.
— BERNAMA

