Inflasi Malaysia Kekal Terkawal, Disumbang Kenaikan Harga Perumahan dan Makanan

Inflasi Malaysia Kekal Terkawal, Disumbang Kenaikan Harga Perumahan dan Makanan

KUALA LUMPUR – Kadar inflasi Malaysia pada Februari 2025 meningkat secara perlahan kepada 1.5%, dengan indeks mencatat 134.1 berbanding 132.1 pada Februari tahun lalu, menurut laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) oleh DOSM.

Antara penyumbang utama ialah peningkatan harga dalam kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.3%), serta makanan dan minuman (2.5%), yang kekal sebagai penyumbang terbesar dengan wajaran hampir 30% dalam IHP.

Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sektor lain seperti pengangkutan (0.7%), kesihatan (1.0%), dan rekreasi (1.5%) turut mencatat kenaikan sederhana. Walau bagaimanapun, harga pengangkutan awam menurun 8.2%, mengekang lonjakan lebih tinggi dalam sektor itu.

Dari segi geografi, Johor, Sarawak, Selangor, dan Melaka merekodkan kadar inflasi lebih tinggi daripada purata nasional, dengan inflasi makanan di Selangor tertinggi iaitu 3.5%.

Dalam perbandingan global, Malaysia berada dalam kategori sederhana – lebih tinggi daripada Indonesia dan China, tetapi lebih rendah berbanding Vietnam dan Filipina.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This