
Gangguan Bekalan Air Pada Rabu Disarankan Kawasan terlibat Menyimpan Air Secukupnya
KUALA LUMPUR,. Penduduk Lembah Klang telah disarakan mula menyimpan bekalan air menjelang gangguan bekalan air yang dijadualkan bermula 5 Jun (Rabu) hingga 7 Jun (Jumaat).
Gangguan berikutan “kerja penyelenggaraan dan penggantian aset” di Loji Rawatan Air Fasa 1 Sungai Selangor.
Ramai dikalangan Penduduk Puncak Alam Fasa 3, dan di kawasan terlibat telah mula menyimpan air untuk kegunaan.
Dengan amaran awal yang dikeluarkan lebih memudahkan semua bersedia lebih awal bagi Kami semua kata seorang penduduk di kawasan puncak alam. “Adalah bagusnya Air Selangor mengeluarkan notis awal, memberikan kami masa yang cukup untuk membuat persediaan.
“Memang menyusahkan terpaksa hidup tanpa air selama beberapa hari. Saya harap penyelenggaraan dan penggantian aset akan disiapkan mengikut jadual.”kata seorang penduduk.
Mengikut jadual Air Selangor, bekalan air dijangka kembali ke Puncak Alam Fasa 3 menjelang 3 pagi pada 7 Jun.
Bagi Penduduk U5 Bandar Pinggiran Subang, Alif Mohamad, 38, berkata, dia telah menyimpan air mencukupi untuk tiga sekeluarga.
Mengikut jadual, bekalan air dijangka kembali ke U5 Bandar Pinggiran Subang menjelang 3 petang pada 6 Jun ini.
Penduduk Taman Melawati, telah menyimpan air yang mencukupi untuk tempoh pemotongan air dan berharap keadaan kembali pulih dengan cepat
Mengikut jadual, bekalan air dijangka kembali ke Taman Melawati pada jam 3 petang pada 7 Jun ini.
Air Selangor had said Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor and Kuala Selangor would be affected by the water cut.
Ia berkata gangguan bekalan air akan bermula dari 9 pagi pada 5 Jun (Rabu) dan kembali dari 3 pagi pada 6 Jun (Khamis).
Ia berkata pemotongan air akan menjejaskan 20 peratus kawasan menjelang 3 petang pada 6 Jun dan 90 peratus kawasan menjelang 3 pagi pada 7 Jun.
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang tengah hari pada 7 Jun.
Kerja – Kerja gantian dua injap — 1,350mm dan 1,450mm — di Loji Rawatan Air Matang Pagar yang telah digunakan sejak 1990-an. Menggantinya adalah penting untuk memastikan Loji Rawatan Air Fasa 1 Sungai Selangor terus berfungsi dengan baik.
–Rahman