
Gangguan perkhidmatan tren KTMB akibat alat talian atas putus
Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melibatkan KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan akibat alat talian atas terputus di antara laluan Kepong – Sungai Buloh pada 2.45 petang tadi.
KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melibatkan KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan akibat alat talian atas terputus di antara laluan Kepong – Sungai Buloh pada 2.45 petang tadi.
KTMB dalam kenyataan memaklumkan hal itu telah menyebabkan kelewatan daripada jadual asal berikutan penggunaan satu landasan di laluan berkenaan bagi mengatur pergerakan tren secara bergilir.
“Perkhidmatan KTM Komuter dari Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan kembali dijangka lambat antara 30 hingga 60 minit. ”
“Untuk perkhidmatan ETS, tren-tren yang terlibat dijangka akan terlambat lebih daripada 60 minit dari waktu yang dijadualkan,” kata kenyataan hari ini.
Menurut KTMB, berita terbaru tentang tren ETS yang lain akan diberitahu melalui pesanan ringkas (SMS) dan pengumuman di stesen.
Pasukan teknik KTMB sudah ada di tempatnya dan mereka sedang bekerja keras untuk memperbaiki supaya perkhidmatan tren dapat beroperasi segera.
KTMB minta maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan sangat menghargai kesabaran serta kerjasama semua penumpang selama waktu itu.
Jika memerlukan bantuan lebih lanjut, penumpang boleh menghubungi petugas di stesen. Berita terkini akan dikongsi di laman media sosial rasmi KTMB atau anda boleh telefon pusat panggilan di 03-9779 1200.