Gas nitrogen meletup, di Kilang kota kemuning – JBPM

Gas nitrogen meletup, di Kilang kota kemuning – JBPM

SHAH ALAM,.Penolong pengarah Operasi Bomba selangor berkata Tiga pekerja cedera termasuk seorang dilapurkan kritikal selepas gas nitrogen meletup dalam kejadian di sebuah kilang Kota Kemuning di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 10.14 pagi.

Susulan itu, katanya seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku akibat letupan gas nitrogen ketika ujian tekanan sedang dilakukan pekerja kilang terbabit.

“Letupan tersebut mengakibatkan mangsa iaitu dua lelaki cedera separa sedar dan seorang lagi kritikal,” katanya.

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut dikejarkan ke lokasi insiden bagi memastikan tiada bahaya melibatkan bahan kimia dan siasatan mendapati letupan tidak melibatkan struktur bangunan kilang tersebut.

–Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )