Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud gegarkan beberapa bahagian Bicol, Filipina

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud gegarkan beberapa bahagian Bicol, Filipina

LEGAZPI CITY,. Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan Wilayah Bicol pada 9.57 malam Jumaat, lapor Agensi Berita Filipina.Institut Volkanol

Pengurusan cukai sebahagian strategi tadbir urus korporat – LHDN
Medan ujian regulatori dijalankan untuk kawal selia media sosial – Fahmi
MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Fung-Wong, amaran cuaca buruk di beberapa negeri

LEGAZPI CITY,. Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan Wilayah Bicol pada 9.57 malam Jumaat, lapor Agensi Berita Filipina.

Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) mengesan pusat gempa pada kedudukan 15 kilometer ke selatan Santo Domingo, Albay, dengan kedalaman sembilan kilometer.

Gegaran pada Intensiti V dirasai di Sto. Domingo dan Legazpi City, Albay; manakala Intensiti IV dirasai di Tabaco City, Ligao City, dan pekan Malilipot di Albay, serta di Cogon, Irosin, dan Donsol di Sorsogon.

Sementara itu, Intensiti III dirasai di Naga City dan Malinao di Albay, serta di Sorsogon City, Prieto Diaz, dan Juban di Sorsogon; dan Intensiti II dirasai di Goa, Camarines Sur dan Bulan, Sorsogon.

Phivolcs menyatakan bahawa kedua-dua gegaran susulan dan kerosakan dijangka berlaku akibat gempa bumi berkenaan.

SUMBER;

–BERNAMA-PNA