
Gerak Kerja Bersepadu Task Force Desa Rejang Dan Ipd Wangsa Maju
KUALA LUMPUR,.task force, komuniti Desa Rejang mengadakan rondaan keselamatan di seluruh kawasan bersama IPD Wangsa Maju, malam ini diketuai ACP Mohamad Lazim, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berjalan dengan jayanya, sebelum itu
pengerusi persatuan penduduk Encik ismail Saari bersama ketua Polis Dearah Wangsa Maju, telah mengadakan taklimat kepada semua Anggota yang terlibat didalam rondaan yang dijalakan sebelum mereka bergerak menjalankan Rondaan Sekitar jam 11.30pm.
Menurut dari ACP Mohamad Lazim lagi Ipd Wangsa Maju, sentiasa akan bersama memantau keadaan semua bukan saja di blok mereka tinggal tetapi kesemua kawasan dalam daerah Wangsa Maju ini.
Menurut dari pengerusi persatuan penduduk Desa Rejang Encik Ismail Saari,disini ada 12 Blok pangsa puri keseluruhanya sememangnya sukar jika kita tidak melakukan apa-apa seperti unit Task Force,yang diadakan sekarang ini bagi mengekang kegiatan tidak bermoral,seperti kecurian motor, vedelisma,dan berbagai lagi pekara berlaku didalam komuniti ini jika kita tidak bekerja sama bertindak ianya memang sukar dibendung katanya lagi.
Pasukan Task Force ini berperanan untuk menyelaras tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk digerakkan mengikut perancangan dan sistematik bagi memastikan,semua komuniti yang ada didalam kawasan tersebut merasa selesa dan terjaga segalanya dari pekara – pekara yang tidak diingini berlaku dengan kepadatan sesebuah penempatan sememangnya ianya amat diperlukan,walaupun disini juga mempunyai KRT,yang aktif kata Encik Ismail Saari,selaku pengerusi persatuan penduduk disini.
Unit Task force, dan Ipd Wangsa Maju mengakhiri Rondaan sekitar jam 1am dan semua unit berkumpul mendapatkan maklumat dan taklimat ringkas dari semua kawasan yang telah di lawati .
–GERBANGPOST.