Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani Juara Terbuka Indonesia

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani Juara Terbuka Indonesia

KUALA LUMPUR,. Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, terus menikmati hasil kerja keras mereka apabila membawa pulang

DUA BEREGU LELAKI NEGARA MARA KE SEPARUH AKHIR BADMINTON MASTERS CHINA
Operasi KLIA T1 terkawal, majoriti penerbangan ke destinasi Asia
Tuanku Muhriz ingatkan pemegang jawatan tinggi bertindak ikut fakta, undang-undang

KUALA LUMPUR,. Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, terus menikmati hasil kerja keras mereka apabila membawa pulang ganjaran lumayan selepas menamatkan kempen di Kejohanan Terbuka Indonesia.

Wakil tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin,sangat memukau permainan mereka menang pada set pertama perlawanan Feidin,mempamerkan kebangkitan dalam dua set seterusnya untuk kemenangan mutlak 13-21, 21-18, 21-10.

Pasangan yang dikenali dengan gelaran FeiDin itu meraih hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah kira-kira RM432,000 hasil kejayaan mereka mara jauh dalam kejohanan berprestij bertaraf Super 1000 tersebut.

Prestasi cemerlang yang dipamerkan pasangan negara itu sekali lagi membuktikan mereka kini berada dalam kelompok elit beregu dunia, malah semakin konsisten memberikan saingan kepada pasangan terbaik antarabangsa.

Kejayaan itu pastinya memberi suntikan moral terbaik buat mereka menjelang beberapa lagi kejohanan utama dunia selepas ini, termasuk persiapan menuju Kejohanan Dunia dan Jelajah Dunia BWF.

Momentum positif yang dipamerkan juga mengukuhkan status mereka sebagai antara sandaran utama Malaysia dalam acara beregu lelaki ketika ini.

Dengan ganjaran lumayan serta prestasi yang semakin stabil, Sze Fei-Izzuddin jelas berada di landasan tepat untuk terus mencipta kejayaan lebih besar pada musim ini.