Gol Lacazette ceriakan Arsenal

Gol Lacazette ceriakan Arsenal

PIREAS, Greece: Arsenal menang tipis 1-0 berdepan Olympiakos Piraeus menerusi jaringan lewat permainan Alexandre Lacazette pada pusingan pertama, kelompok 32 terakhir Liga Europa awal pagi tadi.

Pierre-Emerick Aubameyang dan Bukayo Saka bergandingan untuk memberikan umpanan yang disudahkan dengan mudah penyerang Perancis itu buat Arsenal pada minit ke-81 dan mereka hampir menjaringkan gol kedua namun tandukan Sokritis Papastathopoulos terkena palang.

Gol Lacazette menunjukkan persembahan matang Arsenal dan tiga perlawanan tanpa bolos di peringkat Eropah buat pengendali Mikel Arteta, dengan skuadnya masih belum tewas tahun ini.

“Memang mencabar untuk ke stadium seperti ini di Eropah dan pulang dengan kemenangan. Pada 10,15 minit pertama kami berdepan kesukaran kerana kami tidak melakukan apa yang dibincangkan dan penyudah teruk.

“‘Mereka juga perlu bertahan, ia memainkan peranan besar dalam perlawanan seperti malam ini, jika anda berikan bola mudah, anda perlu kejar secepat mungkin. Tapi mereka bermain bermati-matian.

“Ia akan menjadi perlawanan berbeza di Emirates, jelas menjaringkan gol di luar adalah sangat positif tetapi saingan masih terbuka,” kata Arteta.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )