
Google Keep akan menjadi aplikasi baru untuk sistem Android tidak lama lagi.
Macam Apple, Google ada aplikasi nota yang dipanggil Keep. Cuma, Keep boleh digunakan di pelbagai platform dan tidak seperti Apple Notes yang hanya boleh diakses di web atau di peranti Apple sahaja.
Akan datang, ada perubahan besar yang akan dibuat pada Keep.
Jangan bimbang, ia mungkin sangat berguna kerana Google Keep akan menjadi aplikasi penting dalam Android.
Ini bermakna, semua peranti Android yang anda beli dengan Google Play Services akan datang dengan Google Keep sudah terpasang, jadi anda tidak perlu memuat turunnya dari Play Store lagi.
Pada pandangan saya, Keep bukanlah aplikasi yang berat, tetapi sebaliknya, ia adalah aplikasi yang sangat berguna. Perubahan ini terjadi dalam Android 16, di mana aplikasi Keep tidak boleh lagi dibuang.
Salah satu sebab ia dibuat sebagai aplikasi sistem adalah kerana Keep mungkin akan menjadi sangat penting untuk fungsi utama dalam sistem operasi Android 16 akan datang.
Mungkin ada ciri AI yang lebih menarik. Mari kita tunggu sama-sama.