Hamim Samuri tawar diri bertanding MKT

Hamim Samuri tawar diri bertanding MKT

LEDANG — Datuk Hamim Samuri, Ketua UMNO Ledang Johor dan bekas Ahli Parlimen P144 Ledang, Johor dari Barisan Nasional-UMNO menawarkan diri untuk bertanding Jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pemilihan UMNO bagi penggal 2023/2026 membabitkan calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyaksikan seramai 95 percalonan.

Beliau juga bertanding sebagai ketua Umno bahagian ledang mempertahankan jawatan yang di sandang sekian lama.

Beliau telah memegang kerusi Parlimen Ledang selama tiga penggal sebelum tewas dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Syed Ibrahim Syed Noh dengan majoriti 8,666 undi. Dalam kerjayanya, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2015 hingga 2018.

Hamim terpilih menjadi Parlimen persekutuan pada pilihan raya 2004. Kerusi itu sebelumnya dipegang oleh Hashim Ismail dari UMNO. Beliau dipilih semula pada pilihan raya 2008 dan pilihan raya 2013 tetapi dikalahkan pada pilihan raya 2018.

Pada PRU ke-15 beliau turut bertanding di Kerusi Parlimen Ledang tetapi tewas sekali lagi dengan calon Pakatan Harapan, Syed Ibrahim Syed Noh dengan majoriti 9769 undi.

Hamim berpandangan bahawa UMNO perlu tampil kehadapan dalam memperjuang & menjuarai isu2 alam sekitar yg telah menjadi isu utama rakyat spt teknologi hijau, perubahan iklim, pemanasan global, ramalan & tebatan banjir, keseimbangan flora fauna/biodiversiti, peningkatan aras laut, penyusutan bilangan kawasan hutan dll.

UMNO juga perlu seiring & tidak tertinggal memperjuangkan isu alam sekitar supaya UMNO terus relevan dalam memperjuangkan kesejahteraan hidup rakyat spt keperluan penjagaan alam sekitar .
Beliau yakin dan berbekalkan pengalaman tiga tahun sebagai Timb Menteri di Miti ( 2tahun ) & di Kem Sumber Asli & Alam Sekitar ( 3tahun ) beliau boleh membantu UMNO berperanan dlm menjuarai isu alam sekitar.

#HamimLedang #Hamim4MKT #PemilihanUmno2023

-DG

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )