Haolong beroperasi tanpa juruterbang. Ia berukuran 10 meter panjang dan 8 meter lebar. Bahagian kargo kapal angkasa boleh menempatkan sehingga 1.8 tan kargo.

Haolong beroperasi tanpa juruterbang. Ia berukuran 10 meter panjang dan 8 meter lebar. Bahagian kargo kapal angkasa boleh menempatkan sehingga 1.8 tan kargo.

CHINA memulakan projek membina kapal kargo angkasa lepas yang akan membawa kargo bagi keperluan stesen angkasa Tiangong mereka.

Antara projek yang dipilih ialah Haolong oleh Aviation Industry Corporation of China (AVIC).
Pada Pertunjukan Udara Antarabangsa Zhuhai minggu ini, AVIC berkongsi beberapa spesifikasi mengenai kapal kargo rekaan mereka.

Haolong berfungsi tanpa memerlukan pemandu. Ia sepanjang 10 meter dan lebar 8 meter. Ruang kargo kapal angkasa boleh memuatkan sehingga 1..8 tan kargo.

Ia akan dilancarkan dengan roket sebelum menuju ke Tiangong.

Setelah sampai ke tempat tujuan, ia akan berlabuh di jeti yang berada di belakang kapal.

Setakat ini, ia tidak menunjukkan keupayaan untuk melancarkan satelit ke orbit seperti ‘shuttle angkasa’.

Dua ‘pintu’ di atas hanya digunakan untuk melindungi panel solar. Panel solar sentiasa terbuka apabila berada di Tiangong.

Dalam animasi yang ditunjukkan, angkasawan akan masuk ke dalam ruang kargo dan mengambil sendiri barang-barang yang diperlukan.

Selepas menyelesaikan misi, Haolong akan kembali ke bumi seperti pesawat angkasa dengan roda, mendarat di landasan lapangan terbang.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )