Harga Barang Melambung: Kerajaan Tumpu Penyelesaian untuk Sabah dan Sarawak

Harga Barang Melambung: Kerajaan Tumpu Penyelesaian untuk Sabah dan Sarawak

MIRI, 26 April 2025 – Dalam usaha meredakan keresahan pengguna di Sabah dan Sarawak terhadap kos barangan keperluan yang semakin meningkat, kerajaan kini menubuhkan dua jawatankuasa teknikal untuk merangka pendekatan lebih efektif.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata langkah ini diambil susulan kajian oleh Unimas dan UMS yang membuktikan kos logistik memainkan peranan besar dalam lonjakan harga.

“Biarpun ada beberapa barangan lebih murah, majoriti keperluan asas di Sabah dan Sarawak kekal lebih mahal akibat beban penghantaran,” katanya selepas menghadiri Program Jualan Rahmah MADANI di Emart Riam.

Selain menumpukan isu harga ayam dan kekurangan kilang gula, kerajaan turut berharap jawatankuasa ini dapat menyokong agenda sekuriti makanan nasional yang sedang dimuktamadkan dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-13.

jelapangnews.com

CATEGORIES
Share This