
Harga Getah Terus Merosot Susulan Sentimen Global Tidak Menentu
KUALA LUMPUR, 15 April 2025 – Harga getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan kelemahan dalam pasaran niaga hadapan serantau, terutamanya Jepun, dipengaruhi oleh pengukuhan nilai yen dan jangkaan peningkatan bekalan.
Seorang peniaga berkata, kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi global akibat perang perdagangan yang memuncak serta ketegangan geopolitik terus menekan pasaran.
“Namun begitu, sentimen sedikit disokong oleh spekulasi bahawa Amerika Syarikat akan menilai semula tarif import, khususnya dalam sektor automotif,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa musim menoreh telah bermula di wilayah Yunnan, China, manakala kawasan lain dijangka menyusul tidak lama lagi, menambah kepada prospek bekalan global.
Sehingga 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan:
SMR 20 susut sebanyak 9.5 sen kepada 757.5 sen sekilogram
Susu getah pukal turun 4 sen kepada 654.5 sen sekilogram