
Hatta Dolmat Gabung Seni Fesyen dan Pembuatan Kek dalam Gaun Unik 90kg
KUALA LUMPUR, 27 April 2025 – Menggabungkan seni fesyen dan pembuatan kek, Hatta Dolmat mencipta sejarah di KahwinFest 2025 dengan busana pengantin diperbuat daripada kek sebenar seberat 90 kilogram.
Projek ini memerlukan perancangan struktur mekanikal yang kompleks bagi memastikan kek stabil semasa peragaan, termasuk penggunaan lori khas dan sistem lif untuk penghantaran.
Gabungan bahan seperti gelatin dan coklat putih menghasilkan fabrik boleh dimakan, sementara lebih 1,500 kuntum bunga gum paste memperindahkan rekaan unik ini.