Hotel di Negeri Sembilan perlu ada pasukan penyelamat di kawasan air mulai tahun 2025.

Hotel di Negeri Sembilan perlu ada pasukan penyelamat di kawasan air mulai tahun 2025.

PORT DICKSON: Semua pengusaha hotel dilengkapi kolam renang di Negeri Sembilan diwajibkan mempunyai pasukan penyelamat mulai tahun hadapan sebagai persediaan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Ahli Exco bagi Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Nicole Tan Lee Koon, berkata ini adalah untuk persediaan bagi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Ini selaras dengan cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kita tahu ada kesukaran bagi pemilik hotel untuk mendapatkan pekerja dalam bidang ini. ”

“Tapi saya difahamkan MAH Negeri Sembilan telah menganjurkan kursus menyelamat selama empat tahun dengan SOP dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan latihan dikendalikan oleh bomba.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas merasmikan Kursus Keyakinan Di Air dan Teknik Menyelamat Di Air di sebuah hotel di sini pada hari Isnin.

Oleh itu, beliau mahu pihak hotel perlu menghantar pekerja mereka untuk menghadiri kursus menyelamat di air.

Dasar ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pelancong untuk menginap di hotel-hotel di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Negeri Sembilan, Haziz Hassan, mengatakan bahawa 90 peratus hotel yang ada kolam renang dan dekat dengan pantai di negeri ini sudah mempunyai pasukan yang terlibat.

Dia berkata, hingga sekarang, sekitar 100 pekerja dari 25 hotel telah mendapat sijil penyelamat yang diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setiap hotel perlu menghantar pekerja mereka untuk mengikuti kursus menyelamat. Ini tidak hanya untuk pekerja yang bekerja di kolam atau bahagian keselamatan, tetapi juga untuk pekerja dari bahagian lain.

“Contohnya, di Hotel Glory Beach Resort beberapa tahun lepas, seorang pekerja pembersihan wanita yang mengikuti kursus ini berjaya menyelamatkan seorang mangsa lemas di kolam renang mereka,” katanyanya.

Dia berkata, setiap hotel perlu ada sekurang-kurangnya dua penjaga keselamatan yang menjaga kolam renang.

Sebanyak 22 hotel mengambil bahagian dalam kursus menyelamat yang diadakan untuk kali keempat, dengan penyertaan seramai 52 orang.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus (0 )