Hujan lebat, ribut petir di KL, Putrajaya dan 10 negeri hingga 7 malam

HomeFeaturedBerita Semasa

Hujan lebat, ribut petir di KL, Putrajaya dan 10 negeri hingga 7 malam

KUALA LUMPUR,. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan 10 negeri hingga 7 malam ini.Jabatan Meteo

Hujan lebat, ribut petir di lima negeri termasuk Sarawak hingga 7 malam
​​​​​​​JKM siap siaga sepenuhnya berdepan Monsun Timur Laut
Singapura luluskan undang-undang antivap, hukuman lebih berat mulai 1 Mei

KUALA LUMPUR,. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan 10 negeri hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda dan Kulim serta Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Bagan Datuk).

Cuaca itu turut diramal di Kelantan melibatkan Gua Musang, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Di Sarawak, ramalan itu melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

SUMBER;

–BERNAMA