Hujan lebat, ribut petir di KL, Putrajaya dan 11 negeri hingga 7 malam ini

HomeFeaturedBerita Semasa

Hujan lebat, ribut petir di KL, Putrajaya dan 11 negeri hingga 7 malam ini

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Put

Sultan Pahang yakin pendidikan tahfiz mampu lahirkan pakar, pemimpin dalam bidang strategik
Konflik Asia Barat: Iran dakwa AS dipaksa tandatangani perjanjian tamat perang
Airbus arah pemeriksaan 16 pesawat A380, retakan sayap cetus kebimbangan keselamatan

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya serta 11 negeri petang ini, yang dijangka berterusan hingga 7 malam.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan).

Cuaca buruk itu turut diramalkan di Perak (Kerian), Pahang (Raub, Bentong, Bera dan Rompin), Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), seluruh Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing).

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis) dan Limbang.

Di Sabah, amaran itu melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) serta Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

SUMBER;

–BERNAMA