WELLINGTON,. Import New Zealand meningkat 11 peratus kepada NZ$89.8 bilion bagi tahun berakhir Julai 2026, didorong terutamanya oleh kenaikan harga ba
WELLINGTON,. Import New Zealand meningkat 11 peratus kepada NZ$89.8 bilion bagi tahun berakhir Julai 2026, didorong terutamanya oleh kenaikan harga bahan api, menurut data rasmi pada Jumaat, lapor Xinhua.
Jumlah import bernilai NZ$89.8 bilion (US$53.6 bilion), meningkat NZ$9 bilion berbanding setahun sebelumnya, menurut Stats NZ dalam satu kenyataan.
Petroleum dan produk petroleum mencatat peningkatan tertinggi, naik 23 peratus kepada NZ$12.1 bilion, dengan kenaikan harga diesel, petrol dan bahan api jet menyumbang kepada pertumbuhan itu, menurut jabatan perangkaan itu.
“Bahan api menyumbang satu perempat daripada peningkatan keseluruhan nilai import bagi tahun berakhir Julai 2026,” kata jurucakap akaun antarabangsa Stats NZ Shanna Dilworth.
Korea Selatan dan Singapura membekalkan hampir 80 peratus daripada keseluruhan nilai import bahan api New Zealand dalam tempoh itu, manakala import dari Malaysia dan Jepun turut meningkat dengan ketara.
Jumlah eksport New Zealand pula meningkat 10.3 peratus kepada NZ$84.6 bilion dalam tempoh 12 bulan, dipacu oleh peningkatan eksport daging, emas, susu tepung, mentega serta keju.
Eksport minyak mentah New Zealand meningkat 4.3 peratus kepada NZ$654 juta dalam tempoh itu, dengan Korea Selatan menjadi destinasi utama, diikuti Australia.
— BERNAMA-XINHUA

