IndiGo lanjutkan pembatalan penerbangan bagi empat laluan antarabangsa

HomeFeaturedBerita Semasa

IndiGo lanjutkan pembatalan penerbangan bagi empat laluan antarabangsa

NEW DELHI,. Syarikat penerbangan India, IndiGo melanjutkan pembatalan penerbangan bagi empat laluan antarabangsa sehingga 28 Mac ini susulan keteganga

Prabowo: Indonesia ikrar hantar sehingga 8,000 tentera ke Gaza, kumpulan perintis dalam 1-2 bulan
Inisiatif NTIS percepat pengkomersialan teknologi halal tempatan
Bermula sekadar hobi, anggur tiga beranak dipersembahkan kepada Agong

NEW DELHI,. Syarikat penerbangan India, IndiGo melanjutkan pembatalan penerbangan bagi empat laluan antarabangsa sehingga 28 Mac ini susulan ketegangan ketenteraan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Syarikat penerbangan itu menghentikan penerbangan bagi laluan Tbilisi, Almaty, Baku dan Tashkent pada akhir Januari lalu sebelum melanjutkan pembatalan itu sehingga 28 Februari.

“Pembatalan yang diumumkan sebelum ini dilanjutkan sehingga 28 Mac 2026. Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan serta kru kami kekal menjadi keutamaan tertinggi, dan kami terus memantau rapat situasi semasa sambil menyemak jadual bagi meminimumkan kesulitan,” menurut syarikat penerbangan itu dalam hantaran di platform X pada Isnin malam.

IndiGo dan Air India telah berhenti menggunakan ruang udara Iran, menurut laporan terbaharu agensi berita PTI.

Peningkatan kehadiran tentera laut AS di rantau itu merangkumi sebuah kapal induk pesawat udara, tiga kapal pemusnah peluru berpandu serta puluhan pesawat, termasuk jet pejuang F-35.

Kapal induk pesawat udara USS Abraham Lincoln kini beroperasi di perairan antarabangsa di Timur Tengah dan “melaksanakan operasi penerbangan sepanjang masa bagi menyokong keselamatan serantau”, menurut Markas Pemerintah Pusat AS dalam satu hantaran berasingan di platform X pada Isnin.

AS mengerahkan lebih banyak kapal dan puluhan pesawat perang berpangkalan di kapal induk, manakala Iran meningkatkan tahap kesiapsiagaan ketenteraannya serta mengadakan latihan perang di Selat Hormuz.

Tentera AS turut menghantar USS Gerald R. Ford, Kapal induk pesawat udara terbesar di dunia, bersama kapal pengiringnya ke kawasan berhampiran Iran.

–BERNAMA