INDONESIA GESA NAM PERKUKUH AUTONOMI STRATEGIK, BENTUK MASA DEPAN

HomeFeaturedBerita Semasa

INDONESIA GESA NAM PERKUKUH AUTONOMI STRATEGIK, BENTUK MASA DEPAN

JAKARTA,. Indonesia menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) supaya memperkukuh autonomi strategik dalam sektor penting termasuk makanan, te

AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT DI TIGA NEGERI, LABUAN HINGGA 4 PETANG
Taufan Chan-hom landa wilayah Ibaraki di timur Jepun
KPWKM terus perkasa advokasi, sokongan kepada wanita

JAKARTA,. Indonesia menggesa Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) supaya memperkukuh autonomi strategik dalam sektor penting termasuk makanan, teknologi dan tenaga bagi meningkatkan daya tahan berdepan cabaran geopolitik semasa.

Timbalan Menteri Luar Indonesia Anis Matta ketika membuat gesaan itu pada satu mesyuarat di Belgrade, Serbia bagi memperingati ulang tahun ke-65 Sidang Kemuncak NAM pertama, berkata pergerakan itu perlu menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan yang berteraskan keadilan, kemerdekaan dan kerjasama.

“NAM tidak boleh terperangkap dalam nostalgia masa lalu. NAM mesti menjadi sebahagian daripada usaha kita membentuk masa depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Indonesia pada Rabu.

Anis yang mewakili Presiden Prabowo Subianto pada mesyuarat yang berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 Sept itu berkata penyertaan Indonesia mencerminkan keyakinannya terhadap kerelevanan berterusan 10 Prinsip Bandung, khususnya penyelesaian pertikaian secara aman dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Beliau turut menggesa NAM agar terus menegakkan solidariti bersama Palestin dan memperjuangkan kemerdekaannya.

“Kemerdekaan Palestin ialah hutang sejarah yang perlu dilunaskan oleh NAM,” katanya.

Menurut laman sesawang rasmi NAM, prinsip berkenaan berasal daripada Persidangan Asia-Afrika 1955 di Bandung, Indonesia yang menjadi inspirasi kepada penubuhan pergerakan itu pada 1961.

Pergerakan berkenaan sejak itu berkembang merangkumi 120 negara anggota, 18 negara pemerhati dan 10 organisasi pemerhati.

— BERNAMA