Indonesia jimat lebih Rp50 trilion hasil penstrukturan semula syarikat milik Kerajaan pada 2026

HomeFeaturedBerita Semasa

Indonesia jimat lebih Rp50 trilion hasil penstrukturan semula syarikat milik Kerajaan pada 2026

JAKARTA,. Indonesia menjimatkan lebih Rp50 trilion pada 2026 menerusi penstrukturan semula secara besar-besaran syarikat milik kerajaan (SOE), susulan

Gempa bumi sederhana landa Pantai Selatan Myanmar
Singapura sokong usaha ASEAN perkukuh daya tahan tenaga pada AMEM
FESTIVAL MEGA iLINDUNGu KEMBALI, PERKUKUH ASPIRASI KESUMA BERSAMA RAKYAT

JAKARTA,. Indonesia menjimatkan lebih Rp50 trilion pada 2026 menerusi penstrukturan semula secara besar-besaran syarikat milik kerajaan (SOE), susulan langkah menutup syarikat tidak produktif dan mengurangkan jumlahnya kepada tidak lebih 300 menjelang akhir tahun.

Presiden Prabowo Subianto berkata kerajaan mendapati terdapat 1,074 SOE ketika Dana Kekayaan Berdaulat Danantara Indonesia ditubuhkan termasuk syarikat yang mempunyai beberapa lapisan anak syarikat, dan setakat ini 290 daripadanya telah ditutup.

“Lebih 750 SOE akan ditutup. Hanya yang produktif, hanya yang memberikan nilai tambah kepada rakyat akan dikekalkan,” kata beliau dalam ucapan negara pada Sidang Tahunan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) serta Sidang Bersama Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD) di Jakarta pada Jumaat.

Sidang tahunan yang menyaksikan Presiden membentangkan laporan prestasi institusi negara itu diadakan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-81 pada 17 Ogos.

Menyifatkan langkah berkenaan sebagai antara penstrukturan semula korporat terbesar di dunia, Prabowo berkata rasionalisasi SOE telah mengurangkan kos operasi termasuk gaji pengarah dan pesuruhjaya, sewaan bangunan dan kenderaan serta perjalanan rasmi, dengan sasaran penjimatan melebihi Rp70 trilion menjelang 31 Dis.

“Kita boleh bayangkan dengan Rp50 trilion, berapa banyak pusat kesihatan masyarakat boleh kita tambah baik, berapa banyak sekolah boleh dibaik pulih dan berapa banyak rumah boleh disediakan kepada rakyat,” kata beliau sambil memberi penghargaan khas kepada kepimpinan dan pasukan Danantara atas usaha penstrukturan semula itu.

Prabowo yang menerajui pentadbiran Indonesia sejak Oktober 2024 turut menggariskan kemajuan serta sasaran beberapa program utama kerajaan dalam sesi ucapan itu.

Antaranya termasuk membina lebih banyak “Kampung Nelayan Merah Putih”, sebuah projek perikanan bersepadu yang bertujuan meningkatkan potensi ekonomi maritim Indonesia.

Beliau berkata kerajaan turut menyasarkan pembinaan 1,582 kapal perikanan moden bermula pada 2027 sebagai langkah awal ke arah menyediakan puluhan ribu kapal yang menurutnya diperlukan bagi memperkukuh sektor perikanan negara.

Prabowo turut berikrar meneruskan program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) dengan penambahbaikan dan kecekapan lebih tinggi, sambil menegaskan bahawa memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak amat penting bagi pembangunan modal insan Indonesia.

(Rp1 juta=RM228.40)

— BERNAMA