INDONESIA RAMPAS 1.16 TAN KETAMIN DARIPADA KAPAL TANGKI DI SELAT MELAKA

HomeFeaturedBerita Semasa

INDONESIA RAMPAS 1.16 TAN KETAMIN DARIPADA KAPAL TANGKI DI SELAT MELAKA

JAKARTA,. Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.16 tan ketamin daripada sebuah kapal tangki yang dipintas di luar perairan Wilayah Sumatera Utara dan me

Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar Qinghai di barat laut China
DATA PERIBADI 24,000 PEKERJA KEPCO KOREA SELATAN BOCOR
WHO: Semenanjung Gaza terus berdepan darurat kemanusiaan, kesihatan awam

JAKARTA,. Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.16 tan ketamin daripada sebuah kapal tangki yang dipintas di luar perairan Wilayah Sumatera Utara dan menahan lapan anak kapal dalam satu operasi bersepadu, kata seorang pegawai kanan polis pada Jumaat, lapor Xinhua.

Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Nasional Suyudi Ario Seto berkata pihak berkuasa memintas kapal tangki MT Global 168 di luar perairan Tanjung Balai Asahan selepas hampir seminggu menjalankan pemantauan yang melibatkan polis, Badan Narkotik Kebangsaan, kastam dan polis marin.

Ketika berucap di Pelabuhan Bandar Deli di Medan, Suyudi berkata pihak berkuasa mula menjejaki kapal itu pada 14 Okt ketika ia belayar melalui perairan berhampiran Malaysia sebelum menuju ke utara Aceh dan Thailand.

Pihak penyiasat mengesan kejanggalan dalam sistem pengenalan automatik kapal itu yang memaparkan dua nama berbeza, iaitu MT Global dan Gross Dolphin, katanya.

Pegawai penguat kuasa menahan tujuh anak kapal warga Indonesia dan seorang warga asing, selain merampas 58 guni yang mengandungi keseluruhan 1.16 tan ketamin, bersama peralatan komunikasi dan kapal tangki berkenaan.

— BERNAMA-XINHUA