Infrastruktur Pulau Pinang Maju Positif, Jalan Pintas Siap Hujung Tahun – Chow

Infrastruktur Pulau Pinang Maju Positif, Jalan Pintas Siap Hujung Tahun – Chow

Projek infrastruktur utama di Pulau Pinang menunjukkan kemajuan ketara dengan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar hasil kerjasama antara kerajaan negeri, Persekutuan dan pemaju.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, laluan pintas dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam kini sudah 75% siap dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

“Projek ini akan kurangkan masa perjalanan daripada 40 minit kepada hanya lima minit,” katanya dalam majlis anjuran Consortium Zenith Construction (CZC) hari ini.

Bagi projek Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR), kerja-kerja pembinaan dijangka bermula hujung tahun ini atau awal tahun depan, dengan potensi mengurangkan masa perjalanan ke Teluk Bahang kepada 10 minit sahaja.

Projek NCPR sepanjang 10.61 km itu dianggarkan bernilai RM2.43 bilion, di bawah Komponen Jalan Utama dan Laluan Ketiga (PMRT).

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )