INSKEN: Menjana RM22.4 juta hasil jualan pada 2025 – Viviantie

HomeBerita SemasaBusiness

INSKEN: Menjana RM22.4 juta hasil jualan pada 2025 – Viviantie

KUALA LUMPUR,. Seramai 20,196 usahawan dilatih dan dibimbing menerusi 321 program Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) pada 2025.Inisiatif

Piala Dunia FIFA terbesar dalam sejarah bermula di Mexico City
Waspada peralihan monsun aktif – Ahmad Zahid
Kejayaan kewangan Islam Malaysia bukan kebetulan

KUALA LUMPUR,. Seramai 20,196 usahawan dilatih dan dibimbing menerusi 321 program Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) pada 2025.

Inisiatif ini turut berjaya menjana RM22.4 juta hasil jualan serta mewujudkan 710 peluang pekerjaan baharu sepanjang tahun tersebut, demikian menurut perkongsian INSKEN pada sesi Media Hi-Tea di Chef Kecik Boulangerie Tuah 1895, Bukit Bintang di sini kelmarin.

Menjelang tahun 2026, INSKEN akan memberi tumpuan kepada penskalaan perusahaan mikro kepada perniagaan kecil yang lebih mampan, mewujudkan peluang pekerjaan baharu bergaji minimum serta memperkukuh sektor ketiga termasuk keusahawanan sosial dan perusahaan berasaskan komuniti.

Organisasi itu juga memperkenalkan program baharu iaitu Bangkit dan INSKEN Masterclass. Skop program keusahawanan INSKEN merangkumi bidang utama seperti Perniagaan Keluarga, Halal, High Growth High Value (HGHV), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Akses Pasaran dan Keusahawanan Sosial.

Mengenai majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Viviantie Sarjuni berkata ia membantu pihak media memahami dengan lebih jelas peranan INSKEN sebagai pemudah cara dan penghubung antara usahawan, pemain industri serta ekosistem sokongan keusahawanan negara.

Beliau menambah bahawa media merupakan rakan strategik utama dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan berimpak kepada masyarakat.

Majlis eksklusif ini juga mencerminkan penghargaan INSKEN terhadap peranan penting media dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan inisiatif pembangunan keusahawanan negara.

Sehubungan itu, INSKEN komited untuk terus mengekalkan kerjasama rapat dengan organisasi media dan berharap hubungan kukuh yang terjalin melalui penglibatan seperti ini dapat diteruskan serta diperkasakan bagi menyokong agenda pembangunan keusahawanan yang mampan dan inklusif.

Chef Kecik Boulangerie Tuah 1895 dimiliki oleh alumni program INSKEN dan merupakan penerima Anugerah Usahawan MADANI 2025 (AUMI) bagi kategori Anugerah Harapan, sekali gus menjadi sumber inspirasi kepada usahawan lain.