Iran dakwa serangan AS sasar loji kuasa nuklear dalam pembinaan

HomeFeaturedBerita Semasa

Iran dakwa serangan AS sasar loji kuasa nuklear dalam pembinaan

ISTANBUL,. Pertubuhan Tenaga Atom Iran pada Ahad memaklumkan bahawa serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan loji kuasa nuklear Darkhovin yang masih

JS-SEZ: Malaysia, Singapura dan Indonesia mulakan perbincangan kerjasama – Tengku Zafrul
Korea Selatan teliti sumbangan praktikal bagi jamin kebebasan pelayaran di Selat Hormuz
USM Muncul Universiti nom satu di Malaysia dalam ARWU 2026

ISTANBUL,. Pertubuhan Tenaga Atom Iran pada Ahad memaklumkan bahawa serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan loji kuasa nuklear Darkhovin yang masih dalam pembinaan di barat daya negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Serangan ke atas kemudahan nuklear aman yang tertakluk kepada pengawasan antarabangsa adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas,” menurut pertubuhan itu menerusi hantaran di platform X.

Pertubuhan itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kemungkinan kerosakan akibat serangan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan di rantau itu terus memuncak susulan serangan yang dilancarkan AS ke atas Iran, manakala Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap kemudahan dan pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara di rantau berkenaan.

Washington dan Tehran terus berbalas serangan meskipun memorandum persefahaman (MoU) hasil pengantaraan Pakistan telah ditandatangani pada Jun lepas bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan.

SUMBER;

–BERNAMA-ANADOLU