
Iran Eksport 250 Juta Bahan Makanan Ke Qatar Setiap Hari, Sempena Piala Dunia
Piala Dunia FIFA Qatar 2022 membuka tirainya pada Ahad dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Disember ini.
Iran mengeksport 250 juta tan bahan makanan dan produk pertanian ke Qatar setiap hari semasa kejohanan Piala Dunia FIFA, kata ketua Pertubuhan Promosi Perdagangan (TPO) Iran, Ali-Reza Peyman-Pak.
Beberapa kargo mengandungi produk Iran telah dihantar ke Qatar dan negara jiran di bawah perjanjian antara kedua-dua negara, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pelaksanaan perjanjian sedemikian telah disediakan ketika TPO menyertai pameran di Doha, Qatar baru-baru ini.
Sementara itu, promosi perdagangan dengan negara jiran menjadi pendekatan utama kerajaan Iran sekarang, katanya.
Qatar turut menurunkan tarif untuk ahli perniagaan Iran bagi eksport semula (re-exports).
Piala Dunia FIFA Qatar 2022 membuka tirainya pada Ahad dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Disember.
– Bernama