Iran gesa penduduk jauhi 500 meter ‘tempat penginapan rahsia’ tentera AS

HomeFeaturedBerita Semasa

Iran gesa penduduk jauhi 500 meter ‘tempat penginapan rahsia’ tentera AS

ISTANBUL,. Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Jumaat menggesa penduduk di negara yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) supaya berad

Gempa Mindanao: Hajiji nasihat penduduk di kawasan pantai timur Sabah bertenang
Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar Qinghai di barat laut China
Persidangan Antarabangsa Perlindungan Industri Sawit Malaysia – MPOB

ISTANBUL,. Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Jumaat menggesa penduduk di negara yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) supaya berada “sekurang-kurangnya 500 meter” dari bangunan yang didakwanya digunakan sebagai “tempat penginapan rahsia oleh tentera AS”, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, IRGC mendakwa pegawai dan anggota tentera AS “telah meninggalkan pangkalan mereka dan berpindah ke bangunan di kawasan bandar untuk mengarahkan operasi ketenteraan.”

IRGC menggesa orang awam supaya berada “sekurang-kurangnya 500 meter” dari lokasi berkenaan demi keselamatan mereka.

IRGC turut menuduh Washington menyasarkan infrastruktur awam termasuk jambatan, jeti nelayan, bot, kenderaan dan landasan kereta api di Iran.

SUMBER;

–BERNAMA-ANADOLU