ISTANBUL,. Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Khamis menyasarkan empat kapal di bahagian utara Teluk Arab yang dikatakan memindahkan kargo m
ISTANBUL,. Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Khamis menyasarkan empat kapal di bahagian utara Teluk Arab yang dikatakan memindahkan kargo minyak dari satu kapal ke kapal yang lain, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut tentera laut IRGC dalam kenyataan, “api masih menyala di kapal yang disasarkan.”
Ia menambah empat kapal berkenaan telah dikesan memindahkan minyak antara kapal dan diserang secara serentak kerana belayar di sepanjang “laluan yang tidak dibenarkan.”
IRGC menuduh Amerika Syarikat (AS) “menggalakkan kapal untuk melintasi laluan maritim yang ditanam periuk api,” mengatakan hal itu membawa kepada “peningkatan insiden maritim.”
Kenyataan itu turut memberi amaran kepada Washington bahawa jika AS meneruskan pendekatan tersebut, skop tindak balas Iran “juga akan merangkumi pangkalan Amerika di rantau ini.”
Pada 28 Feb, AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran, yang bertindak balas dengan serangan ke atas Israel dan pangkalan AS di negara serantau sebelum gencatan senjata dicapai pada April.
AS kemudiannya melancarkan serangan ke atas pangkalan di Iran ketika rundingan terhenti antara kedua-dua negara, walaupun mereka menandatangani memorandum persefahaman pada pertengahan Jun.
Iran mengumumkan pada 12 Julai bahawa ia menutup semula Selat Hormuz berikutan AS menyambung serangan pada 8 Julai.
— BERNAMA-ANADOLU

