Israel langgar undang-undang antarabangsa – PBB

Israel langgar undang-undang antarabangsa – PBB

NEW YORK,. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam, memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa rancangannya untuk merampas sebahagian Tebing Barat adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

“Langkah itu, jika dilaksanakan akan menyebabkan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.

“Mereka akan memusnahkan peluang mengadakan rundingan semula dan keamanan serantau, sambil menjejaskan kemungkinan penyelesaian dua negara,” kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Netanyahu mengeluarkan kenyataan kontroversi antaranya, memperluaskan wilayah kedaulatan Israel ke Lembah Jordan dan ke utara Laut Mati, yang membentuk satu per tiga daripada Tebing Barat, jika beliau menang dalam pilihan raya akan datang. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )