
Istana Negara nafi keluar kenyataan berhubung isu integriti perkhidmatan awam
KUALA LUMPUR,. Istana Negara semalam menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu integriti perkhidmatan awam seperti yang tular di media sosial.
Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, semalam.
“Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut catatan itu.
— Bernama