Isu Sanusi belum selesai, titah Sultan Selangor

Isu Sanusi belum selesai, titah Sultan Selangor

SELANGOR — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah bahawa isu kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina baginda belum selesai, menurut pejabat diraja.

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato’ Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Pertemuan secara berasingan ini telah membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.

Dalam ucapannya yang tular sebelum ini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkannya menghina institusi beraja di Selangor.

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)