
Isuzu Malaysia jual 9,211 unit D-Max sebagai penutup 2022
KUCHING,. Isuzu Malaysia menutup tirai 2022 dengan prestasi jualan yang tertinggi setakat ini, melibatkan 9,211 unit terjual bagi model Isuzu D-Max.
Menurut kenyataan medianya hari ini, jumlah itu hanya beberapa unit sahaja lagi untuk membolehkan syarikat mencatat jualan sekali ganda berbanding 2021.
Prestasi menakjubkan tersebut katanya, menjadi rekod terbaharu yang belum pernah dicapai setakat ini, dengan mengatasi rekod sebelumnya yang melibatkan 6,480 trak pikap terjual pada 2016.
Jelasnya, prestasi membanggakan itu disumbangkan oleh minat meluas terhadap model 1.9 liter yang telah terbukti cekap dan hanya melibatkan kos penggunaan rendah.
“Pada masa sama, model ini tampil cukup meyakinkan dari segenap aspek rekaan, kelengkapan, prestasi dan keselamatan.
“Mengisi 79 peratus daripada portfolio keseluruhan, varian 1.9 liter menjadi pilihan utama di Malaysia, terutama di Semenanjung Malaysia dengan 55 peratus daripada jumlah keseluruhan trak pikap terjual,” ujar kenyataan tersebut.
Selain itu, varian flagship X-Terrain juga jelasnya, semakin menarik perhatian pelanggan bagi segmen trak pikap gaya hidup walaupun masih dikira baru dalam pasaran.
Sebanyak 877 unit telah diserahkan kepada pelanggan yang memilihnya disebabkan oleh penampilan segak model berkenaan yang datang dengan ruang dalaman luas lagi selesa, prestasi meyakinkan serta aspek keselamatan canggih, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Shunsuke Okazoe ketika mengulas mengenai perkara tersebut berkata, walaupun berdepan dengan kekurangan stok dari kilang, Isuzu D-Max generasi ketiga mencapai tahap membanggakan dari segi penembusan pasaran.
“Dengan rekaan menawan dan segar, generasi terkini Isuzu D-Max membawakan tahap baru dalam keselesaan pemanduan trak pikap, tanpa mengorbankan warisan dan ketahanan sedia ada Isuzu. Ia benar-benar mewakili semangat sebuah trak pikap moden,” jelas beliau.
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia Kenkichi Sogo pula berkata, fokus pihaknya tahun ini adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan kekal positif dalam usaha untuk memendekkan tempoh menunggu dan memperluaskan rangkaian.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan dan kesabaran mereka, serta kepada rakan niaga yang telah banyak membantu kami untuk menjadi pelopor walaupun berdepan cabaran bekalan kenderaan terhad,” ujar beliau.
Kehadiran Isuzu D-Max generasi ketiga bukan sahaja mengagumkan pemiliknya, bahkah media automotif juga.
Model ini juga telah diberikan beberapa pengiktirafan dan anugerah, bukan hanya untuk varian flagship X-Terrain tetapi juga varian lain, serta turut dinobatkan sebagai ‘Pick-Up Truck of the Year.’
Dengan semua model yang diberi penarafan lima bintang untuk ASEAN NCAP, barisan Isuzu D-Max turut menawarkan kelegaan fikiran, terutama melalui varian X-Terrain.
Ia diberikan jaminan tanpa had selama tujuh tahun, yang pertama seumpamanya untuk trak pikap.
Barisan model yang ditawarkan untuk D-Max dimulai oleh varian Single Cab, diikuti 4×2 Automatik Double Cab yang ekonomikal, serta model 4×4 dan juga yang paling canggih, X-Terrain.
Dengan ini, Isuzu merangkum keseluruhan spektrum pasaran melalui penawarannya yang menepati pelbagai keperluan dan kehendak setiap pengguna trak-pikap.
Untuk maklumat lanjut berkaitan barisan penawaran trak pikap D-Max, atau untuk mengetahui lokasi bilik pameran berdekatan anda, layari pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/