
Isyarat Asap Menandakan Penentu Pemilihan Pope Baharu
VATICAN – Dengan lebih 1.4 bilion umat Katolik di seluruh dunia menanti penuh debar, 133 kardinal kini bersidang di Sistine Chapel, Vatican, dalam proses rahsia pemilihan Pope baharu selepas pemergian Pope Francis pada 21 April lalu.
Mengikut adat lama, hasil pengundian akan diumumkan kepada dunia melalui asap dari cerobong kapel tersebut – asap hitam menandakan tiada keputusan, sementara asap putih membawa berita pemilihan pontiff baharu.
Pemilihan memerlukan dua pertiga undi sah dan hanya terbuka kepada kardinal berusia bawah 80 tahun. Semua peserta konklaf telah menyerahkan peranti elektronik sebagai sebahagian daripada syarat ketelusan dan pengasingan proses.