
Jangan lakukan 10 perkara ini apabila memarahi anak – Pakar psikiatri
NAMPAK biasa saja marah pada anak, tetapi sebenarnya ia memberi kesan trauma kepadanya sehingga dewasa.
Hakikatnya, ada segelintir ibu bapa yang gemar memberi kata-kata cacian, herdikan, malah menengking anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan.
Lebih menyedihkan sekiranya ibu bapa sendiri yang gagal mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dan akhirnya, anak-anak yang menjadi mangsa tempat mereka melepaskan amarah.
Inilah yang dinyatakan oleh Pakar Psikiatri Dan Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria mengenai anak yang sering dimarah oleh ibu bapa.
Beliau menyenaraikan 10 pantang larang apabila memarahi anak.
10 Pantang Larang Bila Marah Anak
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:
Pukul sampai berbekas
Kurung dalam bilik
Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain
Banding dengan kawan baik dia
Silent treatment tanpa explain/closure
Ugut sayang anak lain sahaja
Tinggal di tempat gelap
Rekod anak menangis dan malukan dia
Kata anak ni “menyusahkan”
Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Impak
Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma sebegini.
Kebanyakan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak tu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:
trauma sendiri yang tak selesai
penat
burnout
projection (marah kat orang lain tapi project pada anak)
Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria