Kabinet bincang, muktamadkan dasar mengenai pelarasan ekosistem keselamatan siber 19 Julai

Kabinet bincang, muktamadkan dasar mengenai pelarasan ekosistem keselamatan siber 19 Julai

KUALA LUMPUR,. Keputusan-keputusan dasar mengenai penyelarasan ekosistem keselamatan siber negara akan dibincangkan dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 19 Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen tegas kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan siber.

“Saya jelaskan dengan tegas di sini bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan keselamatan ruang siber kita, dan tidak akan berlengah dalam hal ini.

“Apa sahaja ‘kekurangan’ kita yang berkaitan dengan aspek masa, kita akan tebus ia dengan kerja keras,” katanya pada majlis perasmian Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2023, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang hadir mewakili Perdana Menteri merasmikan majlis berkenaan.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )