Kebakaran Asrama SMK Tinggi Setapak: JKR Akan Bertindak Selepas Siasatan Bomba Disiapkan

Kebakaran Asrama SMK Tinggi Setapak: JKR Akan Bertindak Selepas Siasatan Bomba Disiapkan

KUALA LUMPUR, 30 April 2025 – Jabatan Kerja Raya (JKR) belum dapat memulakan sebarang pemeriksaan ke atas struktur asrama SMK Tinggi Setapak yang terbakar, selagi siasatan oleh pihak bomba belum selesai.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, prosedur keselamatan memerlukan pasukan bomba menyempurnakan siasatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca kebakaran dan memastikan lokasi benar-benar selamat untuk dimasuki.

“Selepas itu barulah JKR dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan teknikal bagi menilai kerosakan dan mencadangkan langkah pembaikan,” katanya.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This