
Kehilangan Pamela Ling: PDRM Siasat Kemungkinan Melarikan Diri Ke Luar Negara
PUTRAJAYA – Polis kini meneliti kemungkinan Datin Seri Pamela Ling Yueh melarikan diri ke luar negara walaupun sebelum ini pergerakannya telah disekat oleh SPRM.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, 27 individu telah dirakam percakapan manakala Interpol sedang mengatur sesi keterangan anak-anak Pamela.
Suami beliau juga mungkin akan dipanggil semula untuk membantu siasatan kes berprofil tinggi ini.
Pamela dilaporkan hilang ketika menuju ke pejabat SPRM pada 9 April lalu.