Kekurangan dana jejaskan 8.3 juta orang – UNHCR

HomeFeaturedBerita Semasa

Kekurangan dana jejaskan 8.3 juta orang – UNHCR

GENEVA,. Hampir 8.3 juta pelarian dan mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia mungkin tidak lama lagi kehilangan akses kepada bantuan d

AS hormat hak kedaulatan Malaysia untuk tumpu kepentingan ekonomi – Duta Besar
INDUSTRI KEJURUTERAAN DIINGATKAN SUPAYA TIDAK KOMPROMI SOAL KESELAMATAN – NANTA
Rakyat terus nikmati bekalan tenaga, air mampu bayar sejajar reformasi MADANI – Fadillah

GENEVA,. Hampir 8.3 juta pelarian dan mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia mungkin tidak lama lagi kehilangan akses kepada bantuan dan tempat perlindungan, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Daripada AS$8.5 bilion yang diperlukan untuk tahun ini, hanya 32 peratus diperoleh, kata Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

“Penurunan tahap pembiayaan memberi kesan besar terhadap pelbagai hak yang dinikmati, menurut agensi itu.

“Dalam banyak keadaan, kekurangan dana menyebabkan kehilangan perkhidmatan dan sistem penting yang melindungi golongan yang terpaksa melarikan diri daripada keganasan, eksploitasi, pengasingan dan risiko lain,” menurut agensi itu.

Banyak negara mengurangkan sumbangan mereka kepada usaha kemanusiaan sejak tahun lalu. Bagi UNHCR, pembiayaan merosot daripada AS$5.2 bilion pada 2024 kepada AS$3.9 bilion pada 2025.

Tanpa pembiayaan, pelarian mungkin tidak lagi dapat didaftarkan, tempat penginapan yang selamat tidak dapat disediakan dan perlindungan khas untuk kanak-kanak akan terabai.

Agensi itu memberi amaran bahawa mereka yang melarikan diri daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan mungkin akhirnya terjebak dalam perangkap penyeludup dan sindiket pemerdagangan manusia.

— BERNAMA-dpa