Kerajaan MADANI telah melaksanakan banyak inisiaitf dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara

Kerajaan MADANI telah melaksanakan banyak inisiaitf dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara

Salah satu keutamaan utama Kerajaan MADANI tahun ini adalah memastikan rakyat hidup sejahtera melalui setiap inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus berusaha untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik dan cemerlang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sekarang ini, kerajaan sedang merancang usaha yang serius untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir, termasuklah orang miskin, belia, wanita, orang tua, petani, nelayan, pelajar, serta penduduk di bandar dan kampung.

Salah satu perkara paling penting bagi Kerajaan MADANI tahun ini adalah menjaga kesejahteraan rakyat sebagai asas dalam setiap langkah yang dirancang dan dilaksanakan.

“Setiap tindakan diambil untuk membuat kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan bermaruah,” kata beliau.

Sebelum ini, Anwar berkata bahawa dalam dua tahun ini, Kerajaan MADANI telah melakukan banyak usaha untuk memajukan kehidupan rakyat dan negara. Antara usaha tersebut adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memberi manfaat kepada sembilan juta penerima dalam golongan B40.

Selain itu, terdapat inisiatif lain seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memberi bantuan kepada 8.4 juta orang untuk membeli barangan asas di 600 kedai dan pasar raya. Juga ada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang membantu 4,615 orang dari golongan B40, yang miskin dan sangat miskin, untuk menambah pendapatan mereka.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This