Kerajaan perkukuh penguatkuasaan had umur media sosial, fokus cabaran VPN – Shamsul Anuar

HomeFeaturedBerita Semasa

Kerajaan perkukuh penguatkuasaan had umur media sosial, fokus cabaran VPN – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR,. Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berusaha membanteras penggunaan mekanisme dalam talian seperti

PEMIMPIN ASEAN BINCANG LANGKAH KURANGKAN IMPAK BENCANA
IRAN UMUM PENEMUAN RIZAB HIDROKARBON BAHARU BERSKALA BESAR
Trump ancam tindakan ketenteraan lanjut ke atas Iran selepas serangan terbaharu AS

KUALA LUMPUR,. Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berusaha membanteras penggunaan mekanisme dalam talian seperti rangkaian persendirian maya (VPN) dan identiti pihak ketiga bagi tujuan memintas kawalan penguatkuasaan had umur media sosial.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dari segi undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanfaatkan maklumat awam dalam siasatan sekiranya berlaku penyalahgunaan teknologi berkenaan, termasuk menjadikannya sebagai satu daripada asas pembuktian kesalahan.

“Namun, sekiranya digunakan bagi memudahkan pelakuan jenayah seperti penipuan kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyebaran bahan lucah atau kesalahan lain, tindakan akan diambil mengikut undang-undang termasuk Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997 Akta 563)dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Riduan Rubin (BEBAS-Tenom) berhubung strategi intervensi teknikal kerajaan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan had umur pengguna media sosial.

Shamsul Anuar berkata cabaran utama penguatkuasaan ialah perkembangan teknologi, penyimpanan data oleh syarikat telekomunikasi serta kedudukan platform dan pelayan yang berada di luar negara.

“Bagi penyedia platform asing, penguatkuasaan terhadap pematuhan keperluan penyaringan pengguna dan perlindungan kanak-kanak adalah di bawah bidang kuasa MCMC berdasarkan kerangka perundangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata kegagalan mematuhi arahan pihak berkuasa boleh mengakibatkan tindakan termasuk arahan pematuhan, sekatan akses terhadap perkhidmatan atau kandungan serta tindakan perundangan.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan undang-undang siber negara kekal selamat tanpa menjejaskan penggunaan teknologi secara sah dan bertanggungjawab,” katanya.

Shamsul Anuar berkata kerajaan turut menjalin kerjasama dengan Interpol (Polis Antarabangsa) dan ASEANPOL (Polis ASEAN) dalam menangani isu jenayah siber rentas sempadan.

Beliau berkata sebanyak 69 kes di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 direkodkan pada 2024 sebelum meningkat kepada 146 kes pada 2025, sekali gus menunjukkan keperluan pelaksanaan dasar itu.

“Langkah ini selaras dengan pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) yang berkuat kuasa pada 1 Jun lepas,” katanya.

SUMBER;

–BERNAMA