Kes Kevin Morais: Dr Kunaseegaran Didakwa Guna Pengaruh Arahkan Saksi Diam

Kes Kevin Morais: Dr Kunaseegaran Didakwa Guna Pengaruh Arahkan Saksi Diam

PUTRAJAYA, 24 April 2025 – Prosiding rayuan kes pembunuhan Datuk Kevin Morais di Mahkamah Persekutuan menyaksikan pihak pendakwaan mengemukakan dakwaan bahawa Dr R. Kunaseegaran telah menggunakan pengaruhnya untuk menutup mulut saksi selepas kejadian berlaku.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz memberitahu mahkamah bahawa Kunaseegaran menelefon G. Gunasekaran, saksi utama, selepas melihat darah mengalir dari tong dram yang dipercayai menyimpan mayat Morais, dan menasihatinya agar tidak campur tangan dalam urusan tersebut.

Dalam keterangannya, Gunasekaran turut mengesahkan perayu menunjukkan gambar kereta mangsa yang terbakar, menunjukkan perayu tahu lebih awal mengenai perkembangan kes.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This