Kes pegawai AKPS: Lelaki didakwa bunuh isteri

HomeFeaturedJenayah

Kes pegawai AKPS: Lelaki didakwa bunuh isteri

SEREMBAN,. Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perli

GP BAHRAIN DI MALAYSIA: SEPANG KEMBALI BERGEGAR SEMPENA F1
Peperiksaan STAM 2025 bermula 12 hingga 24 Nov libatkan 4,443 calon – KPM
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

SEREMBAN,. Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Okt lepas.

Mohd Khairudin Safi’ai, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Khairudin didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 petang, 15 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

— BERNAMA