KETUA ICC AKANE IKRAR TERUS JALANKAN TUGAS MESKIPUN DIKENAKAN SEKATAN AS

HomeFeaturedBerita Semasa

KETUA ICC AKANE IKRAR TERUS JALANKAN TUGAS MESKIPUN DIKENAKAN SEKATAN AS

TOKYO,. Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Tomoko Akane pada Ahad berikrar untuk terus menjalankan tugasnya meskipun beliau dan badan kehaki

TRUMP UMUM “OPERASI EKONOMI PALING MELUMPUHKAN” TERHADAP IRAN
IndiGo lanjutkan pembatalan penerbangan bagi empat laluan antarabangsa
JPJ tingkat operasi kesan majikan gajikan pemandu warga asing tanpa kelayakan

TOKYO,. Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Tomoko Akane pada Ahad berikrar untuk terus menjalankan tugasnya meskipun beliau dan badan kehakiman yang berpangkalan di The Hague itu dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor Kyodo News.

Ketika tampil secara dalam talian pada satu acara di Tokyo, Akane berkata beliau tetap teguh pada pendiriannya walau apa pun yang berlaku.

Beliau antara hakim ICC yang menjadi sasaran sekatan AS yang membekukan aset di Amerika Syarikat, dengan Washington menuduh ICC mencerobohi kedaulatan negara.

— BERNAMA-KYODO