Keuntungan bersih suku pertama Bintulu Port turun kepada RM31 Juta

Keuntungan bersih suku pertama Bintulu Port turun kepada RM31 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Keuntungan bersih Bintulu Port Holdings Bhd turun kepada RM31.06 juta dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2020, daripada RM39.49 juta dalam suku yang sama pada tahun lepas.

Hasil bagi suku tersebut juga susut kepada RM177.70 juta daripada RM178.38 juta sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, hasil daripada perkhidmatan pelabuhan di Pelabuhan Bintulu meningkat kepada RM142.48 juta pada suku pertama 2020 daripada RM140.80 juta dalam tempoh yang sama pada 2019, disumbang terutamanya oleh hasil tinggi daripada kemudahan sokongan asas dan perkhidmatan pelbagai.

Hasil yang djana daripada operasI Pelabuhan Perindustrian Samalaju turun kepada RM25.85 juta daripada RM26.05 juta yang dicatatkan pada suku pertama 2019, manakala hasil daripada kemudahan pukal juga susut kepada RM9.38 juta daripada RM11.53 juta sebelumnya.

Mengenai prospek masa depan, ia berkata pengendalian kargo serta singgahan kapal bagi gas asli cecair (LNG) dijangka kekal sebagai penyumbang utama hasil pada 2020.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada penilaian awal impak daripada pandemik COVID-19, syarikat itu menjangkakan pengurangan kuantiti minyak sawit berikutan sekatan pergerakan di India dan hasil minyak sawit rendah serta pengurangan sedikit permintaan terhadap kargo LNG.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )