KUALA LUMPUR,. Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 31 Julai 2026 melonjak 26.7 peratus kepada RM128 juta daripada RM101 ju
KUALA LUMPUR,. Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 31 Julai 2026 melonjak 26.7 peratus kepada RM128 juta daripada RM101 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2025.
Keuntungan bersih yang lebih tinggi ini telah disumbangkan oleh ketiadaan caj sekali sahaja daripada baki kos pembiayaan tertunda yang timbul daripada pembiayaan semula pinjaman pembiayaan projek sedia ada FSPO Maria Quitéria kepada bon projek US$1.16 bilion, katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Syarikat infrastruktur tenaga global itu berkata pendapatannya bagaimanapun turun 16.7 peratus kepada RM1.13 bilion daripada RM1.36 bilion sebelumnya disebabkan ketiadaan aktiviti kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan.
Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen satu peringkat interim suku tahunan sebanyak 1.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan 2027, melibatkan pembayaran berjumlah lebih kurang RM29 juta atau bersamaan dengan 3.0 sen sesaham.
Tarikh kelayakan dan perlu dibayar untuk dividen interim suku kedua tahun kewangan 2027 adalah 4 Dis 2026 dan 18 Dis 2026.
Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Han Weng berkata FSO PTSC Lac Da Vang belayar mengikut jadual telah tiba di luar pesisir Vietnam dan mencatatkan kemajuan melalui pentauliahan akhir, ini menggariskan kekuatan keupayaan pelaksanaan kumpulan itu ketika ia bergerak ke arah jangkaan minyak pertamanya dan permulaan pajakan kapal menjelang suku keeempat 2026.
— BERNAMA

