KLCC patuh garis panduan di pusat beli belah

KLCC patuh garis panduan di pusat beli belah

KUALA LUMPUR,. KLCC Sdn Bhd mematuhi garis panduan ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan semua pusat beli-belahnya bersih dan selamat untuk pembeli dan juga petugasnya.

Syarikat itu juga sentiasa membersihkan kawasan dan peralatan yang terbabit dengan sentuhan langsung pengunjung terutama tangga bergerak, lif dan kawasan umum yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Brien berkata bagi menjadikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan, pembeli Suria KLCC akan menerima satu set hadiah L’Occitane eksklusif apabila mereka membeli-belah di mana-mana kedai terpilih dari 15 hingga 25 Mei 2020.

Pembeli perlu menunjukkan resit mereka ke kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk menebus hadiah eksklusif yang tersedia dengan jumlah perbelanjaan minimum RM500.

Manakala, pembeli di Pusat Membeli Belah Alamanda layak menebus hadiah apabila mereka membeli-belah di mana-mana kedai terpilih dari 14 hingga 25 Mei.

Pembeli boleh berbuat demikian dengan menunjukkan resit mereka dengan jumlah perbelanjaan minimum RM150, sementara Mesra Mall di Terengganu menarik pembeli dengan bekas pemanas minyak seramik eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM150 bermula esok hingga 31 Mei.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my dan www.mesramall.com.my.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )