Konflik Berterusan berpotensi menjejaskan ekonomi global

HomeFeaturedBerita Semasa

Konflik Berterusan berpotensi menjejaskan ekonomi global

PARIS,. Ekonomi global berisiko terjejas sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan melebihi enam bulan.Amaran itu disuarakan Ketua Pegawai Ekseku

Kempen Internet Selamat lepasi sasaran tahun ini – Fahmi
Harga minyak jatuh, Brent di bawah AS$80 di tengah-tengah harapan pemulihan aliran Selat Hormuz
Sebarang anasir ancam perpaduan mesti dibanteras tanpa kompromi – Agong

PARIS,. Ekonomi global berisiko terjejas sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan melebihi enam bulan.

Amaran itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tenaga Perancis, TotalEnergies, Patrick Pouyanne.

Beliau berkata, tempoh konflik yang panjang akan memberi kesan nyata kepada semua ekonomi dunia.

“Jika ia melebihi enam bulan, kita akan melihat kesan sebenar. Semua ekonomi dunia akan terjejas,” kata Pouyanne dalam temu bual bersama penyiar China, CGTN.

Menurut laporan media, penutupan secara efektif Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, sekali gus menjejaskan bekalan minyak global.