Kongres PKR Wajar Jadi Platform Rapatkan SAF, Menangi Kerpercayaan Rakyat

HomeFeaturedPolitik

Kongres PKR Wajar Jadi Platform Rapatkan SAF, Menangi Kerpercayaan Rakyat

MELAKA,. Kongres Nasional PKR 2026 wajar menjadi pentas untuk merapatkan saf, memperkukuh parti dan memenangi semula kepercayaan rakyat, kata Penasiha

Malaysia, Indonesia tekankan kepentingan perdagangan intra-ASEAN – Mohamad Hasan
AICHI-NAGOYA 2026: PEARLY-THINAAH TAMAT PENANTIAN 12 TAHUN, KEMBALI BERPELUANG RAIH PINGAT
Kadar pulih klien AADK capai 81 peratus tahun lepas – Ruslin

MELAKA,. Kongres Nasional PKR 2026 wajar menjadi pentas untuk merapatkan saf, memperkukuh parti dan memenangi semula kepercayaan rakyat, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga Ex-Officio Biro Politik PKR berkata untuk itu, semua anggota diseru untuk menilai kelemahan, memantapkan organisasi dan memastikan seluruh jentera parti bergerak lebih efektif bermula daripada akar umbi hinggalah ke pimpinan pusat.

“Keputusan pilihan raya negeri baru-baru ini menuntut kita bermuhasabah secara jujur. Kita mungkin kecewa dengan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi kita tidak boleh mengawal parti lain. Yang boleh kita perbaiki ialah parti kita sendiri. Jadi, marilah kita tumpukan sepenuh kudrat kita untuk memperkukuh parti.

“Jika rakyat belum melihat hasil yang telah kita usahakan, tanggungjawab itu juga terletak pada kita untuk berkomunikasi dengan lebih jelas dan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, beliau berkata semua anggota parti mesti mendengar keluh kesah rakyat dengan hati terbuka, serta tidak terlalu sibuk menjawab sehingga terlupa untuk memahami permasalahan sebenar.

“Dengar, akui apa yang belum selesai, kemudian tunaikan,” katanya.

— BERNAMA