
Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka rendah
KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah semasa awal dagangan hari ini, menjejaki pasaran tunai yang lemah.
Pada 9.30 pagi, Mac 2020 turun 17.5 mata kepada 1,303.5; April 2020 susut 22.0 mata kepada 1,293.5 manakala Jun 2020 dan September 2020 masing-masing kurang 21.5 mata kepada 1,290 mata dan 1,285.0 mata.
Jumlah dagangan sebanyak 4,928 lot dengan kepentingan terbuka pada 39,649 kontrak.
Petunjuk pasaran, FBM KLCI turun 17.21 mata kepada 1,325.88 selepas 30 minit dagangan.
— BERNAMA
CATEGORIES Uncategorized